Followers

Thursday, August 4, 2011

Kebaikan pakai tudung.



Pertama.

Boleh mengelakkan cahaya matahari daripada merosakkan rambut kita yang sedia cantik sejak buat rebonding hari tu. Yang tak cantik, sila jangan menangis. Sila jangan bunuh diri. Kan lebih baik ditutup. Supaya lebih cantik sebab tak didedahkan sangat kepada mata mata liar di sekeliling kita.

Kedua.

Mengelakkan kutu kutu berterbangan dan membuat taman astakona di rambut. Eeyucckksss. Mengikut kajian sains, kutu boleh buat lompat jauh sejauh 350 kali badannya. Jauh tu wei. Sebab tu rambut kena tutup. Bila nanti dah bersarang dekat rambut, menangis keluar air mata darah pun dah tak guna. Hari hari kena pakai ubat kutu macam aku masa kecik kecik dulu. Aku jangkit dengan siapa entah masa sekolah tadika. Gila haru. Bau ubatnya mak aih. Boleh pengsan 3 hari. -_-"

Ketiga.

Boleh digunakan sebagai alat keselamatan. Misalnya lah, kau dah nak kena rogol. Masa tu dah tak sempat dah nak cari pisau kat dalam beg. Ye lah kan. Pergi kedai runcit yang jaraknya 500m dari rumah pun dah boleh kena rogol, kena bunuh lagi tu. Kejam betul dunia. So aku nasihatkan, gunalah tudung sebagai alat nak selamatkan diri sendiri. Jerut je leher si perogol tu. Biar mampus mati masuk neraka. Merosakkan anak dara orang je. Aku marah ni. Grrrr~

Keempat.

Cantik. Iye. Kecantikan. Sebenarnya, bila aku compare kan budak budak dalam UTM ni yang mostly pakai tudung dengan yang free hair. Yang pakai tudung lagi nampak cun. Nampak manis je. Tak percaya esok korang pergi usha budak pakai tudung. Cun bebeh. Sejuk mata memandang. 

Kelima.

Kehormatan. Hormat. Atau dari erti kata lain. Respect. Lelaki lebih menghormati perempuan yang memakai tudung. Itu adalah realiti hidup. Tak payah sangkal. Kalau anda seorang wanita yang bertudung labuh, aku kompem 150%, tak akan ada suara suara sumbang dok sibuk bersiul nakal dekat belakang korang. Alah yang macam selalu kita nampak dekat warung makan Pak leman tu. 

PEMAKAIAN TUDUNG YG SALAH














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...